Sukantara merupakan satu sukan yang melibatkan perlumbaan, lompat jauh dan sebagainya. Penyertaan setiap murid adalah diwajibkan. Hari ini, sekolah saya telah mengadakan sukantara.
Pada pukul7.25 pagi, kami dihendaki berkumpul di padang untuk bertanding. Mula-mula, kami berbaris mengikut kelas dan seterusnya mengikut rumah masing-masing. Kami telah mendengar taklimat tentang pertandingan ini. Sukantara hari ini dibahagikan kepada dua, iaitu pertandingan dalam lelaki dan juga perempuan. Lelaki perlu berlumba dan lompat jauh manakala perempuan perlu berlumba serta lontar peluru.
Selepas itu, lelaki dikehendaki berkumpul di gelanggang tennis manakala perempuan berlumba terlebih dahlu. Oleh itu, kami bermain sepuas-puas di sana. Selepas 1 jam di sana, giliran kami pula untuk berlari dan perempuan pula pergi berehat buat seketika.
Kami diminta berbaris dan tunggu untuk dipanggil. Apabila giliran saya, jantung saya berdenyut dengan cepat. Saya berasa cemas kerana saya tidak yakin dalam berlari. Apabila bendera dihanyut, saya telah kukuh dalam mendapat tempat pertama. Tetapi, lawan saya terlalu hebat, apabila saya hampir dengan garisan, dia memecut saya pada saat-saat terakhir.
Walaupbagaimanapun, saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana menberi saya peluang untuk mendapatkan satu markah dalam perlumbaan kerana tidak pernah saya mendapat markah dalam perlumbaan walau sekalipun.
Selepas itu, kami beratur lagi untuk mengambil bahagian dalam lompat jauh. Mula-mula, saya memang tidak beryakinan dalam lompat jauh. Tetapi, apabila giliran saya, saya tiba-tiba berasa bersemangat lalu saya melompat sedaya-upaya saya. Akhirnya, keputusan saya tidak memuaskan tetapi saya tetap berasa bangga dengan keputusan saya ini.
Hari ini, saya telah melalui dengan gembira. Saya tidak pernah mendapat keputusan sukan saya yang sebaik ini.
Thursday, January 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment