Friday, December 8, 2006

Pernahkah anda pergi ke rumah pengantin pada hari sebelum hari perkahwinan? Semalam, saya telah pergi ke rumah pengantin untuk bermakan-makan bersama dengan beberapa orang di gereja. Kami perlu bertolak seawal satu jam sebelum majlis itu bermula kerana kami perlu membawa beberapa orang lagi sebelum sdampai rumah pengantin tersebut.

Apabila kami sampai, suasana di sana kelihatan meriah sekali. Ada orang yang berbual-bual, ada yang mengangkut makanan ke meja, ada yang mengucapkan tahniah kepada bakal pengantin dan juga ibunya, dan ada orang yang melayani tetamu yang datang. Selepas itu, kami mencari tempat duduk yang sesuai. Pada masa itu, kepala saya berasa pening dan perlu rehat buat sementara.

Pada 7.25 malam, bapa saya telah mula mengiringi semua orang di sana untuk menyanyi beberapa lagu yang sedap. Selepas itu, bapa saya menyampaikan ucapan yang pendek dan bermakna dan diikuti dengan berdoa. Kemudian, kami pun mula makan.

Oleh sebab terlalu banyak tetamu yang dating dan mengambil makanan, saya dan kakak saya terpaksa menunggu semua orang ambil lauk-pauk, barulah kami mengambil. Di sana terhidang pelbagai makanan yang sedap dan lagi wangi. Tetapi, saya hanya mengambil sedikit makanan sahaja kerana kepala saya masih pening.

Selepas saya makan, saya telah mengambil sedikit pencuci mulut. Pencuci mulut itu sedap sekali sehingga saya berasa kenyang dan tidak dapat makan lagi. Selepas itu, saya masuk ke dalam rumah. Rumah itu dihiasi dengan cantik sekali.

Kira-kira 8.30 malam, kami bersedia untuk pulang. Hari tu, saya berasa sangat bosan majlis ini langsung tidak ada kaitan dengan saya.