Pertandingan sebenar merentas desa telah diadakan pada hari Selasa yang lalu. Semua murid diwajibkan untuk hadir sebagai sokongan kepada rumah masing-masing. Pada hari tersebut, saya dan kakak saya telah lewat pergi ke sekolah tetapi nasib menyebelahi kami. Kami tidak lewat ke perhimpunan.
Selepas saya turun ke bawah padang, sebelum permulaan pertandingan merentas desa, Cikgu Shahriman telah memberikan kita semua taklimat tentang laluan serta keselamatan apabila pertandingan dijalankan. Kita juga diberitahu untuk tidak mengambil laluan pintas kerana perlu mengambil checkpoint sebagai bukti.
Pada masa yang sama, matahari yang bersinar terik memancar ke atas kepala kita, menyebabkan kita semua tidak tumpukan perhatian dalam taklimat cikgu tersebut sehinggalah cikgu marah kita.
Kemudian, lelaki disuruh untuk bertolak ansur dengan perempuan supaya mereka berlari dahulu. Kakak ketiga saya merupakan perempuan pertama yang keluar daripada sekolah. Selepas itu, lelaki pula yang berbaris di atas track. Mula-mula, kami ingat kami perlu berhenti sekejap untuk memberi peluang untuk perempuan berlari dahulu. Tetapi, fikiran saya ini dinafikan kerana kami telah berehat di atas track selama 20 minit, barulah kami bertolak.
Apabila visel ditiupkan, saya berlari sepantas yang saya boleh. Kemudian, selepas keluar dari sekolah, saya mula berasa letih dan ingin berehat. Tetapi, apabila melihat kawan saya hampir mencapai saya, semangat saya tiba-tiba membara hingga saya meninggalkan mereka dengan cepat dan jauh.
Dalam perjalanan, saya telah berjumpa dengan kakak saya. Mereka telah dalam perjalanan pulang. Ini mendorong saya untuk berlari dengan cepat walaupun perkara ini tidak akan berlaku. Selepas seketika, saya telah berjumpa dengan Michael. Dia telah berlumba bersama sehingga Sekolah Khee Chee, iaitu sekolah rendah saya. Tiba-tiba, perkara manis tertimbul dalam fikiranku.
Selepas 20 minit, saya berjaya sampai ke sekolah walaupun kalah kepada satu kawan saya yang berlari dengan pantas. Tetapi, ini merupakan kejayaan yang besar kepada saya walaupun saya hanya dapat 1 markah. Saya tetap berasa gembira.
Thursday, January 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment