Tuesday, April 3, 2007

Semalam, kelas saya telah pergi ke hospital Temerloh untuk menyiapkan projek pendidikan Sivik bagi memenuhi keperluan serta sekatan Jabatan Pendidikan.
Pada pukul 2.30petang, kami semua diminta berkumpul di depan sekolah.

Namun, pelajar-pelajar Cina kecuali saya dan dua pelajar Cina telah pergi menjamu selera dan telah lambat datang. Sebelum mereka tiba, cikgu Sivik kami naik pitam lalu bertolak tanpa kehadiran pelajar Cina lain.

Apabila kami sampai ke sana, kami disambut oleh seorang jururawat. Sebelum masuk ke dalam hospital, kami diberi pitawat untuk menjaga tingkah laku kami sendiri. Sekepas itu, kami masuk ke dalam.

Sebelum melaksanakan tugas kita, kami diberi ceramah tentang sejarah hospital tersebut serta kesihatan kami. Saya telah mencatat nota bagi mengisi dalam projek Sivik itu. Selepas itu, kami pergi melawat pesakit pula. Pada masa itulah pelajar-pelajar Cina lain datang.

Apabila kami melawat, kami terlihat pesakit yang terlantar di atas katil. Kami memberi buah tangan kepada mereka dan berkomuniikasi dengan mereka.

Kira-kira pukul4.30 petang, lawatan ini berjalan dengan lancar sekali. Cikgu menbelanja kami makan dan kami balik dengan menaiki bas. Lawatan ini meletihkan tetapi bermakna.

No comments: