Thursday, March 8, 2007

Hari ini, kami sekeluarga pergi ke Bentong untuk melawati saudara-mara kita. Pada pukul 10.00, kami bertolak ke Mentakab untuk menjemput teman lelaki kakak saya. Kira-kira pukul 11.00 pagi, kami mulakan perjalanan ke Bentong.

Selepas 2 jam, kami telah sampai ke Bentong dengan selamat. Kami telah berjumpa dengan saudara –mara kami di sana. Ibu bapa saya asyik berbual dengan mereka manakala kami pergi menonton televisyen. Kakak saya memperkenalkan teman lelakinya kepada mereka.

Pada pukul 3.00 petang, kami pergi rumah kawan ibu saya. Mereka berbual lagi manakala kakak saya dengan saya bermain di dalam bilik. Mereka telah tidur buat seketika da saya membaca buku.

Kira-kira 5.30 petang, kami balik ke rumah saudara kita lalu bertolak ke restoran yang telah ditempah.Di sana, kami telah berjumpa semua saudara –mara ibu saya. Lauk-pauk yang terhidang sedap sekali hingga saya menjilat jari saya.

Selepas makan, kami pun meninggalkan Bentong. Sebelum itu, kami pergi berjumpa dengan saudara ibu saya yang lain sehingga 8.10malam, barulah kami bertolak untuk balik ke rumah. Hari itu, saya berasa gembira sekali.

No comments: