Hari esok ialah hari kedua peperiksaan penggal ini. Saya telah membuat persediaan yang secukupi untuk menghadapi peperilksaan hari esok. Tiba-tiba, saya teringat hari ini semasa di sekolah.
Kertas pertama ialah Bahasa Melayu 1 dan diikuti kertas2. Kedua-dua kertas ini masih dapat saya menangani walaupun ada sedikit masalah semasa kertas 1.
Selepas masa rehat, saya ada peperiksaan Pendidikan Moral. Soalan-soalan ini tidak berapa susah dengan berkati Tuhan.
Selepas itu , saya ada Sejarah pula. Soalan-soalan yang diberi telahpun say abaca dan ingat. Sebab itulah saya dapat menjawab dengan senang sekali. Tetapi, perkara yang saya ingin kongsi ialah perkara yang belaku semasa peperiksaan Sejarah. Kawan melayu saya ingin meniru semasa peperiksaan. Mereka menghantar kertas dengan membaling. Tetapi, saya duduk di tengah-tengah mereka. Sebab itu, saya menghalang kertas tersebut berterbangan ke orang lain.
Selepas pepriksaan, saya tidak tahu sama ada mereka marah atau tidak. Tetapi, saya telah menghalang mereka daripada meniru.
Thursday, March 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment