Monday, December 25, 2006

Semalam merupakan hari pertama kakak saya pergi ke kelas tuisyen untuk belajar. Kira-kira 6.30malam, kami makam malam kerana mereka akan bertolak pada pukul 7.00 malam. Selepas mereka makan, mereka berdua membawa satu fail dengan dua bekas air dan bersedia untuk bertolak pada bila-bila masa. Pada pukul 7.00malam, ibu bapa saya membawa mereka ke kelas tuisyen yang terletak di Mentakab.

Selepas ibu bapa meletakkan mereka, ibu bapa saya pergi membeli-belah di TF, manakala saya dan kakak kedua saya meninggal di rumah dan menonton telivisyen. Oleh sebab ada satu pertemuan di gereja, ibu bapa saya telah balik pada pukul8.00malam. Pada tepat 8.30 malam, ibu bapa saya pergi ke gereja untuk menyertai dan saya meninggal di rumah untuk mengulang kaji pelajaran.

Kawan saya juga datang ke rumah saya. Oleh itu, saya meletakkan buku dan bermain dengan dia sehingga pukul 10. 00 malam. Kami telah bermain dengan gembira sekali pada masa itu. Dua kakak saya telah telah pulang dari kelas tuisyen dengan gembira, mereka kelihatan tidak berasa kesal dan gembira dengan situasi di sana. Mereka bercakap perkara yang berlaku di sana dengan penuh semangat dan gembira.

Saya ingin mendengar cerita yang berlaku pada asalnya, tetapi itulah masa untuk saya tidur. Saya terpaksa tidur kerana saya perlu bersekolah pada dua hari lagi. Saya berasa sedih sekali, tetapi saya berjanji akan belajar dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak sengaja, saya telah tertidur.

No comments: