Monday, December 25, 2006

Sebaik saya masuk ke sekolah menengah, saya telah mempelajari satu sukan yang baru, iaitu merentas desa. Sukan ini menlibatkan semua pelajar tidak kira tingkatan ataupun janitina kecuali ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang bertugas. Syarat sukan ini adalah setiap peserta mesti berlumba di laluan yang ditetapkan dan mengambil satu kad sebagai bukti bahawa anda ada berlumba. Markah yang diambil akan diambil kira dalam rumah sukan sendiri.

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah kami telah mengadakan satu latihan merentas desa. Pada pukul 4.20 petang, kakak saya dan saya telah bertolak untuk berkumpul di padang sekolah. Sebaik kami sampai di sana, kami pergi melaporkan diri di pasukan masing-masing.

Selepas itu, kami diberi taklimat tentang laluan terbaru. Sebelum kami bermula, hujan remeh telah melanda tetapi kami tetap teruskan. Semasa permulaan, saya telah tertinggal oleh kawan malah pelajar Tingkatan 1. Tetapi, saya berjaya memecut mereka dengan masa yang singkat.

Walaupun begitu, pelajar Tingkatan 4,5 dan 6 berlari dengan pantas. TIdak lama kemudian, perut saya telah memaksa saya untuk berhenti seketika akibat minum air sebelum berlumba. Namun, akhirnya perut saya patuh kepada saya dan saya terus berlari dengan penuh semangat. Pada masa yang sama, hujan telah berhenti.

Apabila sampai di Kampung Baru, saya berjaya berjumpa dengan kakak saya. Selepas bersapa, saya terus berlari menuju ke destinasi. Apabila saya berjaya sampai ke sekolah, saya berasa gembira sekali. Perasaan itu tidak saya lupai walaupun itu bukan pertandingan sebenar.

No comments: