Monday, December 25, 2006

Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Mentakab Gospel Chapel kerana ada satu perayaan Kristmas akan diadakan di sana. Oleh sebab kekurangan kakitangan, kami sekeluarga telah pergi ke sana untuk menolong. Apabila kami siap menyedia barang yang perlu dibawa, kami telah bertolak pada pukul 2.30 petang dengan satu van.

Oleh sebab perjalan agak panjang da sentiasa pusing ke sana sini, kakak saya berasa pening, begitu juga dengan saya. Apabila kami sampai ke sana, kerusi-kerusi telah disusun dengan kemas dan tidak ada banyak kerja untuk dibuat, saya mengambil kesempatan untuk berehat buat seketika.

Tidak lama kemudian, satu lagi van telah sampai, barulah kami sibuk untuk melayan kanak-kanak yang nakal lagi bsing. Dua kakak saya bertanggungjawab untuk melayan mereka serta membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan, manakala saya da dua lagi kakak saya berada di dapur untuk menyediakan jamuan. Semasa kami memotong tembikai, kami telah makan beberapa keping tembikai yang gagal untuk dibuat.

Apabila perayaan telah mula, kami telah mengemaskan kami sendiri lalu pergi ke tempat “kerja” kami untuk menunggu kanak-kanak dating dan bermain mengikut kumpulan mereka. Saya bertanggungjawab dalam membantu melihat masa. Apabila sampai dua minit, permainan yang saya jaga akan tamat. Tetapi, permainan saya itu mungkin terlalu senang untuk murid Tahun4,5,dan 6, hampir semua pemain telah lulus dan mengambil markah untuk kumpulan mereka.

Lebih kurang 1 jam, permainan di semua tempat telah tamat dan itulah masa untuk menentukan kumpulan mana yang akan menang. Akhirnya, kumpulan biru telah menang dan diberikan hadiah.

Selepas itu, kami telah pergi ke luar untuk menjamu selera. Kanak-kanak telah makan dengan cepat tanpa menghiraukan berapa makanan yang sudah dibazirkan.Selepas kanak-kanak pergi, penolong-penolong seperti kami perlu pergi mengutip sampah yang dibuang. Walaupun kerja ini susah, tetapi saya tetap gembira kerana perayaan ini berjalan dengan lancar sekali.

No comments: