Tuesday, November 28, 2006

Pada minggu yang lalu, saya telah pergi ke rumah datuk saya untuk meraikan musim buah-buahan yang telah datang. Kira-kira pukul 7. 00 pagi, kami telah bertolak ke rumah datuk saya yang terletak di Kuantan. Kami telah menyediakan pelbagai barang untuk pergi kerana kami akan bermalam di sana.

Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil mendengar radio tentang ramalan cuaca hari yang berikut.

Apabila kami sampai rumah, saudara-mara sudah tiba dan sedang berbual-bual dengan datuk serta nenek. Mereka menyambut kami dengan tangan terbuka. Ayah dan ibu saya juga menyertai perbualan mereka, manakala adik saya dan saya telah pergi bermain dengan saudara kami yang sebaya dengan kami berdua.

Selepas itu,kami telah pergi ke dusun datuk saya yang sedang mengalami musim buah-buahan. Apabila kami melihat buah-buahan yang memikat hati, kami berasa sangat untuk memetiknya dan makan sepuas-puas.Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang ada di dusun datuk saya, seperti durian, mango, jambu, ciku, langsat dan sebagainya.

Datuk saya menyuruhkan kami untuk memetiknya dan sebagai balasan, kami boleh makan buah-buahan. Kami telah memilih pokok yang banyak berbuah lalu memanjat pokok tersebutserta memilih buah yang telah masak.

Selepas beberapa jam, kami telah mendapat banyak buah-buahan yang telah masak. Apabila kami makan, kami telah mendapati bahawa buah-buahan ini manis lagi sedap. Kami telah makan buah-buahan sebanyak mungkin sehingga kami tidak dapat makan malam.

Pada waktu malam, kami telah bermain permainan seperti UNO dan lain-lain.Selepas itu, kami telah bersedia untuk tidur. Hari itu, saya berasa gembir sangat dan hampir tidak dapat tidur. Saya telah menjalani hari yang bermakna hari itu.

No comments: