Hari ini, saya telah pergi ke Mentakab dengan keluarga saya untuk merobohkan dinding di Mentakab Gospel Chapel. Pada pukul 10.30 pagi, kami telah bertolak dengan pelbagai peralatan yang hendak digunakan untuk perobohan.
Apabila kami sampai ke sana, kami telah membawa peralatan ke dalam bangunan. Selepas itu, kami telah memulakan kerja kita, iaitu merobohkan dinding bagi tujuan hendak menghubungkan satu bilik dengan bilik bersebelahan.
Sebelum itu, kami perlu mengutip batu bata yang bertaburan di satu bilik akibat perobohan semalam yang dibuat oleh ayah serta beberapa orang yang kuat. Untuk memastikan bahawa tiada kotoran ataupun debu masuk ke dalam mulut serta hidung, kami telah memakai pelindung mulut.
Selepas membersihkan bilik itu, kami telah bergilir-gilir untuk merobohkan dinding yang kukuh itu. Antara kami berempat, ayah saya merupakan orang yang terkuat dan hampir-hampir merobohkan empat persegi daripada dinding itu. Selain daripada merobohkan dinding, kami juga sambil mengutip batu bata yang dihasilkan lalu membuang di satu sudut yang penuh dengan batu bat yang dirobohkan.
Kejadian ini berlaku secara bergilir-gilir dan selama satu jam. Antara satu jam ini, kami telah membuat kerja yang meletihkan ini. Kami sudah berasa sangat letih dan tidak berdaya untuk membuat lagi. Oleh itu, kami berehat seketika dan meneruskan kerja kita. Selepas seketika, kami bersedia untuk balik.
Dalam perjalanan ke rumah, kami telah makan di sebuah kedai makan dan pergi ke TF untuk membeli barang harian. Saya dan kakak saya mengambil alih tugas untuk membawa barang yang hendak dibeli.
Apabila kami sampai ke rumah, kami semua sudah letih lalu berehat. Akhirnya, saya dapat megetahui keletihan pekerja-pekerja yang membuat kerja pembangunan kerana ia bukan satu kerja yang mudah. Tetapi, saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu ayah untuk membuat kerja ini.
Tuesday, November 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment