Hari ini, saya berasa rambut saya sudah panjang. Oleh itu, ibu saya telah membawa saya pergi gunting rambut bersama dengan kakak saya. Kira-kira 12.00 tengah hari, ibu saya menelefon pengunting rambut untuk membuat temujanji. Selepas itu, kami pun bertolak ke rumah pengunting yang terkenal itu.
Apabila kami sampai ke sana, dia sudah menunggu di sana. Saya merupakan orang pertama untuk digunting rambut. Selepas ibu saya menyatakan jenis rambut yang dimahui, orang itu telah memperkenalkan ibu saya jenis rambut yang sesuai dengan saya.
Oleh itu, ibu saya ingin cuba lalu pengunting itu mula mengunting rambut saya.
Mula-mula, dia gunakan mesin mengunting untuk mengunting rambut sekeliling kepala saya. Selepas itu, dia gunakan gunting dan sikat untuk mengemaskan rambut saya.
Selain itu, dia juga mengeringkan rambut saya selepas menyembur sedikit air di atas rambut saya.
Semasa dia mengunting rambut saya, saya berasa bosan kerana pengunting kali ini mengunting rambut saya dengan lambat sekali. Selepas seketiika, barulah siap. Kemudian, giliran kakak saya pula.
Masa itu, saya berasa lagi bosan kerana langsung tidak ada perkara untuk dibuat selain memandang pemandangan. Tetapi,nasib menyebelahi saya, kakak saya hanya mengambil sedikit masa untuk mengunting. Selepas kami membayar, kami pun balik ke rumah.
Perkara ini telah menyedarkan saya sesuatu, iaitu masa yang dibuang oleh saya setiap hari terlalu banyak. Saya perlu pandai menggunakan masa saya dan tidak asyik main atau termenung seperti hari ini.
Tuesday, November 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment