Amin seorang budak yatim kerana ibu bapanya telah meninggal dunia. Sekarang, dia tinggal bersama neneknya yang juga kehilangan suaminya. Walaupun neneknya sudah tua dan selalu sakit, Amin tetap bersemangat tinggi untuk menjadi insan yang berguna.
Nenek tahu bahawa Amin ingin bersekolah seperti budak lain. Oleh itu, dia telah bersusah payah untuk menghantar Amin ke sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah.
Selepas Amin tahu kesusahan neneknya, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan segala penat lelah serta pengorbanan neneknya. Dia juga menolong neneknya jika adanya masa lapang. Gembira hati nenek apabila melihat Amin berkeadaan begitu.
Tetapi malang tidak berbau.Neneknya telah meninggalkannya apabila dia berada di Tingkatan 2. Sekarang hanya tinggal Amin yang tidak bersaudara. Dirinya tidak ubah “bagai si buta kehilangan tongkat”.
Namun begitu, dia tidak pernah lupa janjinya terhadap neneknya dan tidak putus asa untuk teruskan hidupnya serta persekolahannya. Demikian, dengan keusahaan Amin, dia berjaya mendapat biasiswa. Biasiswa bagai tongkat barunya. Akhirnya, dia berjaya dalam hidupnya dengan adanya “tongkat” baru ini.
Peribahasa ini bererti berlapis ini tepat sekali hendak mengkiaskan kehidupan manusia yang kehilangan tempat pergantungan di tengah-tengah perjalanan hidupnya yang memerlukan perrtolongan. Kita harus mengelakkan perasaan ingin putus asa akibat kehilangan tempat bergantung itu.
Tuesday, November 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment